Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Alias Hamid kerana memberi sokongan penuh bagi perjalanan karier saya sehingga memperolehi tajaan melanjutkan pelajaran ke menara gading. Kepada Pn Zubaidah kerana diberi peluang merasai nikmat mengajar
dan mendidik murid kelas 6. Sehingga titisan keringat yang terakhir,dapat jua
bersama murid seketika dalam menduduki peperiksaan UPSR. Namun apakan daya.
Perpisahan adalah lumrah dan tidak dapat dielakkan.
Bismillahirrahmaniraahim,
Assalamualaikum w.b.t dan
salam sejahtera.
Yang Berusaha En Alias Bin Hamid
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti
----------------------------------------------------
Yang Dihormati Pn Zubaidah
Binti Khalid
Guru Penolong Kanan Satu
----------------------------------------------------
En Ammar Sallleh Bin Abdul
Hamid
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid
----------------------------------------------------
Puan Nor Azlin Binti Abdul
Rahim
Guru Penolong Kanan
Ko-Kurikulum
----------------------------------------------------
Serta semua guru SK TOH
TANDEWA SAKTI yang dihormati sekalian.
Begitu juga anak didik yang dikasihi hendaknya.
Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, setiap yang
bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup pasti mati. Itulah kehidupan.
Mahu atau tidak, perkara tersebut tidak mungkin dapat dielakkan.
Dalam dunia pekerjaan, sejak menjadi guru dari
tahun 2009 saya telah menempuh pelbagai cerita suka duka dalam sebuah
perpisahan dan kehilangan.Ini adalah sekolah
ke-empat dalam sejarah perkhidmatan saya sebelum kembali berehat seketika
untuk melanjutkan pengajian dalam Sarjana Pendidikan Matematik di UPSI .
Barangkali bagi guru-guru, perpindahan keluar masuk adalah sesuatu yang amat
menyedihkan. Namun realitinya, setiap yang patah sudah pasti akan tumbuh, yang
masak akan gugur. Di mana sahaja kita berada atau ditempatkan, suatu ketika
kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang kita kasihi.
TIADA DALAM GAMBAR :
USTAZ AFZAN, CIKGU ARMA, CIKGU AZRUL,
USTAZAH MASITAH, USTAZAH AWATIF
Kita tidak pernah mengharapkan semua peristiwa
seumpama itu berlaku dalam sebuah kehidupan. Namun seperti yang saya nyatakan
diatas, kita tidak mungkin dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu
terjadi. Kerana itulah fitrah alam, fitrah kehidupan. Sebagai seorang manusia
yang waras, kita perlu terus melanjutkan perjuangan agar mendapat lebih
kebaikan dalam sebuah kehidupan pada masa-masa hadapan. Orang-orang yang pergi;
yang meninggalkan berjuta memori barangkali hanya akan menjadi pemangkin yang
dapat menyuburkan keazaman untuk lebih berdaya saing dalam sebuah perjuangan
sebagai insan.
Sepanjang saya berkhidmat disekolah ini iaitu selama 10 bulan 25 hari iaitu bermula dari
tarikh 16.10.2018 sehingga 9.9.2019
saya amat menghargai segala jasa baik, kerjasama
& kasih sayang yang telah diberikan oleh semua guru
di sekolah ini khususnya guru-guru tahun
6. Segala kenangan dan pahit manis kita bersama dalam menjalankan
tanggungjawab dan tugas akan sentiasa sematkan di dalam lubuk hati saya.
Kenangan dan pengalaman bersama akan sentiasa subur dalam ingatan saya
sepanjang menjadi seorang guru. Semoga upsr tahun 2019 ini mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah bersama.
"explorasi matematik bersama murid tahun 6 dan fasi sains aktuari,uitm tapah"
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada guru-guru dan rakan-rakan pentadbir yang telah sama-sama memberi tunjuk
ajar dan semangat dalam saya mengurus dan mentadbir segala urusan di sekolah ini.
Tidak juga dilupakan kepada team PA System Pn Norlida dan En Shahir yang sering membantu dalam
melancarkan segala urusan ict di sekolah.
Saya juga ingin mengambil kesempatan yang terluang
ini, menyusun sepuluh jari memohon maaf
kepada seluruh warga SK TTS khususnya
rakan-rakan guru yang telah sama-sama mencurah bakti untuk anak bangsa yang
kita cintai. Saya memohon agar dihalalkan
makan minum dan segala ilmu yang telah dikongsi bersama sepanjang saya
bersama dengan guru-guru sekalian.
Buat akhirnya terimalah rangkap sajak khas saya
tujukan untuk semua warga SKTTS ikhlas dari lubuk hati saya,
Sudah adat bertemu,
Tentu ada perpisahannya
Sudah adat berjumpa,
Tentu ada nokhtah perhentiannya
Kalau diturutkan hati
Tentu tak mahu melepaskan diri ini untuk pergi
Tapi apakan daya…..
Sudah tersurat dari ilahi
Dari Tapah ke Tanjung Malim,
Singgah sebentar di restoran Yin Mun,
Berkawanlah kita dengan orang Alim
Supaya kita tidak jadi penyamun,
(masa 30 minit satu waktu..bijak mengurus masa)
"Terima Kasih Semua,
Kerana Banyak Membantu Saya Selama Ini..."
Pertemuan kita hanya setakat ini…
Oleh itu janganlah ianya diratapi….
Apa yang lebih penting…
Hubungan sillaturahim akan terus kekal abadi.
Sekian, Terima Kasih
|
CREDIT TO CIKGU SHAHIR ATAS LUKISAN INI |