Wednesday 11 September 2019

Google classroom 2.0



UPDATED>> Credit to Cikgu Shahir
Assalamualaikum dan salam sejahtera
...#1hari1tutorial #GCSKTTS2019




1) tutorial login classroom - KLIK DISINI


1. log masuk portal GDL ..
2.ikon guru
3. klik logo google classroom
4. klik untuk mula
5 klik simbol tambah..join class
6 masukkan  class code  f8ijq7
7 tahniah...welcome de sakti online GDL

2) tutorial login classroom (phone/tablet) KLIK DISINI

3) tutorial copy folder KLIK DISINI

4) tutorial copy paste erph KLIK DISINI

5) tutorial submit erph KLIK DISINI

6) tutorial submit rph (tablet/phone) KLIK DISINI

7) update profil KLIK DISINI

8) buat google form KLIK DISINI

9) buat nota kaki KLIK DISINI

10) semakan erph (admin/pentadbir/guru) KLIK DISINI

11) membina kadnama KLIK DISINI

sila ambil paparan 1080hd..tq





"Terima Kasih Semua, Kerana Banyak Membantu Saya Selama Ini..."

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Alias Hamid kerana memberi sokongan penuh bagi perjalanan karier saya sehingga memperolehi tajaan melanjutkan pelajaran ke menara gading. Kepada Pn Zubaidah kerana diberi peluang merasai nikmat mengajar dan mendidik murid kelas 6. Sehingga titisan keringat yang terakhir,dapat jua bersama murid seketika dalam menduduki peperiksaan UPSR. Namun apakan daya. Perpisahan adalah lumrah dan tidak dapat dielakkan.


credit designer sir caer

Bismillahirrahmaniraahim,
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang Berusaha En Alias Bin Hamid
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti
----------------------------------------------------
Yang Dihormati Pn Zubaidah Binti Khalid
Guru Penolong Kanan Satu
----------------------------------------------------
En Ammar Sallleh Bin Abdul Hamid
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
----------------------------------------------------
Puan Nor Azlin Binti Abdul Rahim
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
----------------------------------------------------

Serta semua guru SK TOH TANDEWA SAKTI yang dihormati sekalian.
Begitu juga anak didik yang dikasihi hendaknya.

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup pasti mati. Itulah kehidupan. Mahu atau tidak, perkara tersebut tidak mungkin dapat dielakkan.

Dalam dunia pekerjaan, sejak menjadi guru dari tahun 2009 saya telah menempuh pelbagai cerita suka duka dalam sebuah perpisahan dan kehilangan.Ini adalah sekolah ke-empat dalam sejarah perkhidmatan saya sebelum kembali berehat seketika untuk melanjutkan pengajian dalam Sarjana Pendidikan Matematik di UPSI . Barangkali bagi guru-guru, perpindahan keluar masuk adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Namun realitinya, setiap yang patah sudah pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di mana sahaja kita berada atau ditempatkan, suatu ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang kita kasihi.


TIADA DALAM GAMBAR : 
USTAZ AFZAN, CIKGU ARMA, CIKGU AZRUL, 
USTAZAH MASITAH, USTAZAH AWATIF


Kita tidak pernah mengharapkan semua peristiwa seumpama itu berlaku dalam sebuah kehidupan. Namun seperti yang saya nyatakan diatas, kita tidak mungkin dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu terjadi. Kerana itulah fitrah alam, fitrah kehidupan. Sebagai seorang manusia yang waras, kita perlu terus melanjutkan perjuangan agar mendapat lebih kebaikan dalam sebuah kehidupan pada masa-masa hadapan. Orang-orang yang pergi; yang meninggalkan berjuta memori barangkali hanya akan menjadi pemangkin yang dapat menyuburkan keazaman untuk lebih berdaya saing dalam sebuah perjuangan sebagai insan.

Sepanjang saya berkhidmat disekolah ini iaitu selama 10 bulan 25 hari iaitu bermula dari tarikh 16.10.2018 sehingga 9.9.2019 saya amat menghargai segala jasa baik, kerjasama &  kasih sayang  yang telah diberikan oleh semua guru di sekolah ini khususnya guru-guru tahun 6. Segala kenangan dan pahit manis kita bersama dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas akan sentiasa sematkan di dalam lubuk hati saya. Kenangan dan pengalaman bersama akan sentiasa subur dalam ingatan saya sepanjang menjadi seorang guru. Semoga upsr tahun 2019 ini mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah bersama.

"explorasi  matematik bersama murid tahun 6 dan fasi sains aktuari,uitm tapah"

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan pentadbir yang telah sama-sama memberi tunjuk ajar dan semangat dalam saya mengurus dan mentadbir segala urusan di sekolah ini. Tidak juga dilupakan kepada team PA System Pn Norlida dan En Shahir yang sering membantu dalam melancarkan segala urusan ict  di sekolah.




Saya juga ingin mengambil kesempatan yang terluang ini, menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada seluruh warga SK TTS  khususnya rakan-rakan guru yang telah sama-sama mencurah bakti untuk anak bangsa yang kita cintai. Saya memohon agar dihalalkan makan minum dan segala ilmu yang telah dikongsi bersama sepanjang saya bersama dengan guru-guru sekalian.

Buat akhirnya terimalah rangkap sajak khas saya tujukan untuk semua warga SKTTS ikhlas dari lubuk hati saya,

Sudah adat bertemu,
Tentu ada perpisahannya
Sudah adat berjumpa,
Tentu ada nokhtah perhentiannya

Kalau diturutkan hati
Tentu tak mahu melepaskan diri ini untuk pergi
Tapi apakan daya…..
Sudah tersurat dari ilahi




Dari Tapah ke Tanjung Malim,
Singgah sebentar di restoran Yin Mun,
Berkawanlah kita dengan orang Alim
Supaya kita tidak jadi penyamun,
(masa 30 minit satu waktu..bijak mengurus masa)

"Terima Kasih Semua, Kerana Banyak Membantu Saya Selama Ini..."

Pertemuan kita hanya setakat ini…
Oleh itu janganlah ianya diratapi….
Apa yang lebih penting…
Hubungan  sillaturahim akan terus kekal abadi.


Sekian, Terima Kasih



CREDIT TO CIKGU SHAHIR ATAS LUKISAN INI