Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum dan semoga Allah merahmati para pembaca dan cuba menyebarkan kebaikan walau dengan sekadar sebuah senyuman.
Alhamdulillah
sambutan Hari Guru akan diadakan pada setiap 16 Mei di seluruh sekolah
sebagai menghargai jasa guru-guru yang mendidik anak bangsa. Ustaz
doakan semoga guru-guru terus bersemangat dan mempunyai daya juang
tinggi dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid tanpa mengharapkan
penghargaan daripada manusia. Carilah redha Allah dalam membimbing
pelajar sesungguhnya itulah saham akhirat kita di mahsyar nanti.
Melalui
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema
Hari Guru 2013 telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat
YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh
YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:
GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru
Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan
berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru
Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM
2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan
yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid
seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.
" Selamat Hari Guru "
Sumber :http://www.moe.gov.my
No comments:
Post a Comment