Monday, 30 March 2020

English Year 1 Super Minds

Welcome to new e-learning style

First :
Go to download/install Apps (Click Here)
then "Learn & Play"



Second : Print

Worksheet 1 : Word Search PDF , Excell



Worksheet 2 : TBA- Match
Worksheet 3 : TBA -Do It Know

Activity :
Finish your worksheet
Challenge your time with time
ADMIN  : MS EXCEL  (Click Here)

-------------------------------------------------------

 Do I Know? KLik Here

Go to download/install Apps Click here

-----------------------------------------------------



Extra vocab (Bijak Mengeja)
Question in English
Write in Malay
Goodluck!!



Sunday, 29 March 2020

22032020 Lama ke baca doa...abah...


Kisah ini berlaku ketika kami pergi menunaikan umrah 2 tahun lepas.

Waktu saya dan abah sama-sama menanti bilal melaungkan iqamah untuk solat jemaah. Saya terdengar Abah duk kumat-kamit baca sesuatu.

Memang setiap waktu begitu, ada saja sesuatu yang abah baca. Dalam hati ni tertanya-tanya juga, apalah yang abah baca tu.

Bila saya dengar betul-betul, saya dapat tangkap satu doa. Memang tiap kali waktu solat, selepas sahaja tunaikan solat sunat qabliyah doa itulah yang diulang-ulang.

Saya tanya Abah,

"Berapa lama dah Abah amal baca doa ni?"

"Lama dah.

Sambil-sambil tunggu iqamah tak buat apa-apa. Nak bangun ambil Quran jauh sangat, dengan kudrat yang tak larat ni. Jadi, baca doa je lah," jawab Abah.

Allahuakbar.

Kalau kita, biasanya waktu sebegitu apa yang kita buat? Baca al-Quran atau tengok telefon? Atau langsung tak buat apa-apa?

Doa yang diulang-ulang oleh Abah itu ialah,

اللهم إنا نسألك الصحة والعافية

Doa ini lebih memohon kepada Allah agar diberikan kesihatan dan afiat.

Maksud afiyat dalam Islam ni sangat luas, termasuk afiat dalam urusan dunia dan akhirat.

Secara umumnya, afiat ini merupakan  perlindungan Allah bagi hambaNya dari pelbagai macam penyakit, bencana, bala dan ujian samada di dunia dan akhirat.

Afiat juga terdapat dalam doa yang diajarkan oleh Nabi kita,

اللهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةَ, اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِيْ دِيْنِيْ وَأَهْلِيْ وَمَالِيْ...

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kemaafan, dan ‘afiyat di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kemaafan dan ‘afiyat pada agamaku, keluargaku dan hartaku.”

Kalau dilihat dari rekod kesihatan Abah jika dibandingkan dengan umurnya, memang jarang ada sakit yang berat-berat. Kecuali baru ni sahaja ada satu pembedahan kecil, itupun kesan sakit yang lama.

Mata Abah pun masih cerah lagi, kecuali di waktu malam. Boleh membaca dalam tempoh yang lama dan boleh berjalan jauh. Nak kata sihat sangat tipulah, tapi sihat gaya orang tua lebih kurang begitu.

Itulah kita, kadang-kadang terlupa dengan kesempatan waktu yang Allah kurniakan.

Kalau kalian nak tahu, antara azan dan iqamah terdapat padanya waktu mustajabnya doa. Ini memang ada di dalam hadis.

Abah menggunakan peluang berada di tanah suci dan waktu yang mustajab untuk berdoa kepada Allah.

Jadi, kita yang sudah tahu ni jangan lupa untuk beramal. Manalah tahu, kebetulan waktu tersebut memang Allah nak terima doa kita. Kena pula selepas Asar pada hari Jumaat. Allahuakbar.

Jadi, jangan sia-siakan waktu tersebut dengan bual kosong atau melayan telefon.

Isikan masa tersebut dengan banyakkan berdoa. Baca apa saja doa ringkas. Paling kurang kita minta pada Allah agar dipermudahkan segala urusan pada hari itu.

Mudahkan?

Doa tersebut boleh diulang-ulang waktu kita semua diuji dengan kehadiran makhluk Allah kuman COVID-19 ini. Moga kita semua dikurniakan kesihatan.

Saya tulis kembali di bawah,

اللهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةَ, اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِيْ دِيْنِيْ وَأَهْلِيْ وَمَالِيْ.

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kemaafan, dan ‘afiyat di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kemaafan dan ‘afiyat pada agamaku, keluargaku dan hartaku.

Jom amal sama-sama.

BAZLI ZAKARIA
Terimalah doa kami Ya Allah.

#BazliZakaria #MBZ
#kisahkecilumrahcikgushahidan

22032020 itali dan tawakal

Keadaan di hospital Itali, ini bakal dihadapi jika kita masih tidak mengendahkan perintah kawalan pergerakan dan larangan berkumpul. Islam mengajar kita tawakkal iaitu berserah setelah ikhtiyar pelbagai usaha mengelak dan menjauhi mudarat.

Nabi salla allahu alaihi wasallam pernah mengingatkan sahabat yang ingin membiarkan untanya tanpa ikatan di masjid kerana kononnya ingin bertawakkal, tapi nabi membalas

اعقلها وتوكل

Ertinya : ‘Ikatlah dia dan kemudian bertawakkal’( Riwayat al-Tirmidzi)

Malah dalam peristiwa Hijrah Rasulullah juga baginda merancang panjang untuk mengatasi risiko mudarat yang boleh menimpa.

Baginda dan para sahabat juga memakai baju besi. Dituntut berlatih dan cemerlang dalam ilmu memanah, melontar lembing dan pedang. Itu semua mengambil ilmu sebab musabbab dan kemudian barulah layak dipanggil tawakkal yang sebenar.

Dr Zaharuddin Abd Rahman

22032020 Gantian



Hari ini kicauan burung diE kawasan perumahan kami meriah dari biasa. Bersahut- sahut sekeliling rumah, depan dan belakang, dari pagi ke malam. Oh bahagianya mereka. Anakanda Dawud sampai bertanya, “Umi, burung tu tak takut virus ke terbang di luar?” “Burung dan binatang tak takut, virus ni serang manusia je..”

Begitulah kuasa Allah Yang Maha Esa, Dia Memilih siapa yang bebas dan siapa yang terkurung sekarang ini😭😭😭😭

23032020 Hadis 40

Bawah ialah PDF Kitab hadith 40. jemputlah baca waktu lapang ini.


Hadis (Riwayat Tarmizi) berbunyi:

“Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapati-Nya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.”

Tuan sekalian, maksud hadith ini;

1. Jaga Allah, kelak Allah berada hadapan kita
1. Mintalah pertolongan Allah
2. Ingat DIA ketika senang, kelak DIA ingat kita waktu kita susah.
3. Kemenangan ada pada kesabaran.

Mohon perbanyakkan solat, dan bersabarlah.

#rindutanahharam
#rindumakkahmadinah
#rinduyangtidakpernahpadam

23032020 isra Mikraj

here


24032020 MASA MUDAMU ADALAH "EMAS" WAHAI PENGHAFAZ AL-QURAN

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

“BERAPA JUZUK SEHARI AIMAN ULANG?"

"2 Juzuk! Bila dah kahwin terasa masa semakin suntuk." Jawan Aiman sambil tersenyum.

Itulah hakikat yang biasa melanda para penghafaz al-Quran. Semalam (23 Mac 2017) semasa menunggu giliran untuk ujian bertulis calon Tauliah mengajar di Selangor (Bangunan MAIS,  Shah Alam) saya bertemu Ustaz Aiman anak kepada kawan lama saya Dr. Shafie Mohd Amin.

Dr Shafie mempunyai latar belakang yang sangat unik. Bekas akauntan profesional yang menghafaz al-Quran lalu mencipta kaedah menghafaz yang dipraktikkan pada semua anak beliau yang seramai 13 orang. Kemantapan hafazan anak-anak beliau sangat luar biasa.

Saya pernah bertugas bersama Dr Shafie menjadi imam terawih jemputan (khatam 30 juzuk) di Masjid al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail selama 2 tahun berturut-turut (1997-1998).

Masih segar dalam ingatan, Dr Shafie selalu membawa anak-anaknya bersama ke Masjid dengan Honda Accord lama berwarna merah. Saya selalu buat semakan surah yang akan dibaca dengan anak-anak beliau yang bernama Hajar dan Rabe'a. Pada waktu itu, seronok melihat gelagat Aiman yang baru berusia 7 tahun duduk pada satu penjuru Masjid menghafaz al-Quran.

Dalam menghafaz al-Quran, disiplin ulangan sangat penting bagi mengekalkan hafazan. Fenomena lupa hafazan pada para penghafaz al-Quran adalah sangat biasa. Cara untuk mengelakkan "MUSIBAH LUPA AL-QURAN YANG PERNAH DIHAFAZ" adalah dengan selalu membuat ulangan.  Benarlah sabda Rasulullah SAW:

إِنَّمَا مَثَلُ صَاحِبِ الْقُرْآنِ كَمَثَلِ الْإِبِلِ الْمُعَقَّلَةِ إِنْ عَاهَدَ عَلَيْهَا أَمْسَكَهَا وَإِنْ أَطْلَقَهَا ذَهَبَتْ…. وَإِذَا قَامَ صَاحِبُ الْقُرْآنِ فَقَرَأَهُ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ ذَكَرَهُ وَإِذَا لَمْ يَقُمْ بِهِ نَسِيَهُ

Ertinya: Perumpamaan para penghafaz al-Quran adalah seperti unta yang ditambat. Sekiranya dia berterusan menambatnya unta itu dapat dipegang dan sekiranya unta itu dilepaskan maka ia akan lari meninggalkan tuannya….apabila penghafaz al-Quran bangun solat dan membacanya pada waktu siang dan malam, dia akan mengingati (hafazannya) manakala jika dia mengabaikannya, dia akan lupakan hafazannya (Sahih al-Bukhari dan Muslim).

Pesan saya pada DIRI SENDIRI DAN PARA PENGHAFAZ AL-QURAN di luar sana; "Al-Quran yang kita hafaz adalah tanggungjawab kita. Gunakan peluang yang ada untuk mengulang hafazan. Jangan tidur atau leka, jangan berdalih dan jangan malas.” Waktu muda adalah zaman emas bagi para penghafaz al-Quran. Apabila usia semakin meningkat dengan segala tanggungjawab baru, kita akan merindui zaman muda “KETIKA MASA TERLALU BANYAK KITA BAZIRKAN.”

Marilah kita berdoa agar diberi kekuatan untuk terus menjaga hafazan dan termasuk dalam golongan KETIGA ayat ini:

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ (32)

Ertinya: Kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang yang Kami pilih dari kalangan hamba Kami; maka antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan ada yang bersikap sederhana, :DAN ADA PULA YANG MENDAHULUI  (ORANG LAIN) DALAM BERBUAT KEBAIKAN (BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN) DENGAN IZIN ALLAH." Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (Fatir[35:32]).

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

24032020 ceritalah ayah..Nabi Musa a.s

Kain buruk , kain lap semua sudah dibasuh.
.
Sejadah semua sudah juga.
.
Semua selimut cadar juga sudah dibasuh. Semua. Done.
.
Apatah lagi kain baju yang dipakai setiap hari.
.
Hari ini masukkan semua pepatung main lembut kepunyaan anak-anak ke dalam mesin.
.
Mereka jerit terutama adik (yang bongsu).
.
" Mengapa ayah kepit semua telinga,  hidung kawan Aisya tu?"
.
" Sakitlah kawan Aisya, ayah ".
.
" Hih, ayah niii. Itu pun tak tau ke?"
.
" Tak nak kuman lekat kat kawan - kawan Aisya ni " Memujuk.
.
Diam. Petang, masing-masing menolong mengutip yang semuanya sudah kering.
.
Sekejap tu, semua kawan Aisya sudah dibaringkan dengan selimut dan diberikan minum.
.
" Dia sakit, ayah , sudah demam. Ada kuman lagi." Sambil selimut kawan kawannya dengan kain tuala kecil.
.
" Ni Aisya, dah bagi ubat dan air lemon panas ". Mengacukan cawan plastik mainannya.
.
Aisya dan Abid Affan menjadi adik - beradik bahkan sahabat sejati. Teman bermain dan teman pergaduhan juga. Ada masa rapat seperti belangkas, tetapi ada ketika perang berlaku.
.
Terutama abang, yang tidak mahu bermain lagi dengan adiknya.
.
" Abang tak mahu adik Aisya, kalau boleh tak mahu ada adik macam Aisya ". Menangis.
.
" Hati-hati apa yang abang doakan dan cakapkan. Nanti , Allah makbulkan doa abang, nak?"
.
Muram dan memuncung.
.
Aisya merajuk bermain di luar. Kemudian, senyap dan sunyi sehingga ummi memanggil. Tidak dijawab. Panggil tidak dijawab. 5 minit mencari.
.
Abang sudah risau, panggil nama adiknya. Nampak pucat di riak mukanya.
.
Rupanya, Aisya membatukan diri di balik bantal. Padanlah tidak kelihatan.
.
Abang mungkin 'termakan' dengan ingatan aku. Hati-hati terhadap apa yang kita katakan dan doakan. Pesan  aku. Pucat dan rasa panik.
.
Dan, untuk aku. Pelajaran untuk aku. Teringat sudah kematian demi kematian yang menjadi statistik. Bagaimana rasa kehilangan anak-anak. Kehilangan nyawa. Kehilangan rezeki. Takut?  boleh. Mengharap? boleh, tetapi Allah memberitahu, beristighfarlah dan mohon keampunan. Allah uji dengan sedikit kesusahan dan kita meratap, tiba-tiba kita kataTuhan tidak pernah berikan apa-apa kesenangan kepada kita. Melampau betul.
.
Ketika pengikut Nabi Musa diselamatkan dari Firaun, pengikut nabi Musa pula mengherdik Musa, mengapa tidak ada tuhan yang boleh disembah seperti mereka lalu dalam satu kumpulan. Ada berhala yang perlu disembah.
.
Ketika, Musa mendaki gunung bertemu dengan Allah, pengikut Musa sudah kembali menyembah anak lembu betina yang sedang melenguh. Sudah, lagi melampau manusia walau pun sudah ditunjukkan kekuasaan Allah (rujuk Surah Al-Baqarah, Al-A'raf).
.
Lihat, Allah uji kuman yang sekecil tidak mampu dikesan dengan mata manusia, telah meragut ribuan manusia. Masih belum menemui penawarnya? Tidakkah ini kekuasaan Allah?
.
Tauhid dan keesaan, itulah yang perlu dididik kepada anak-anak sekarang. Tentang susah dan ujian kepada kita, orang dewasa, bersedialah dengan pinjaman nyawa yang sementara ini.
.
Lalu, aku mengenangkan semua ini sambil berfikir mahu membasuh semua jenis fabrik yang ada dalam kereta aku pula. Alas punggung, lapik dan baju sejuk/hujan mereka.
.
Tak boleh diam. Zikir dan doa. Tangan terus bekerja. Ampunilah kami ya Allah. Selamatkanlah mereka yang berkorban nyawa untuk kami.

#credit2cikgushahidan
#cikgukampung

24032020 mulianya hamba ini


Dr Usama Riaz. Doktor muda Pakistan yang telah bertungkus lumus merawat pesakit Covid 19 di negaranya sehingga akhirnya dia sendiri menerima jangkitan dan meninggal dunia. Bersamalah kita doakan doktor ini ditempatkan di syurga Firdaus, amin amin. Yang paling berbangga tentulah ibubapanya kerana berjaya mendidik anak seperti yang disebutkan Nabi Muhammad SAW bermaksud“ Sebaik- baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia lain.” #alfatehah #covid_19 #pakistani


Sekelip mata Allah memuliakan hambaNya. Daripada jutaan manusia, hari ini mereka terpilih.


لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ

25032020 aktiviti tanpa gajet

" Asalkan bukan Tab/Smartphone "

Itulah yang aku pegang. Falsafah ketika memastikan anak - anak tidak 'tenggelam' dalam ketagihan smartphone.

Memikirkan bagaimana manusia dewasa sudah jarang membaca buku, berbual di restoran dengan berkualiti, aktiviti tanpa telefon. Sedangkan manusia dewasa sukar menepis ketagihannya, inikan kanak-kanak.

Asalkan bukan hanphone/tab , bermakna setiap kali anak-anak mahu melakukan aktiviti, mereka dilatih untuk tidak diberikan handphone dan tab.

1. Ini bermakna ummi dan ayah perlu juga sentiasa berada dalam 'hidup' mereka.

2. Bacakan buku kepada mereka.

3. Bermain bersama-sama mereka.

4. Mengajak bersama angkat kain yang sudah kering.

5. Mengajak bersama melipat kain.

6. Permainan selain bukan 'handphone' mesti sentiasa ada di hadapan mata.

7. Melukis- menyediakan alatan lukis.

8. Aktiviti Taekwondo setiap Sabtu atau Ahad.

9. Bantu buat kek bersama.

10. Televisyen (rancangan terpilih - pen drive) berbanding diberikan tab/handphone.

11. Ke taman permainan, ke taman rekreasi - bawa basikal dan permainannnya. Bermain sampai peluh.

12. Aktiviti bersama-sama - belajar mengaji/belajar membaca/ ke pasar raya/ke kedai bakeri/ke rumah opah/berkelah dan lain -lain.

Anakanda Abid Affan yang berusia 7 tahun sekarang tahu dan maklum ayah dan umminya marah jika bermain 'games'. Hanya menumpang tengok sepupunya membuka handphone. Dia bangun awal sekitar 5.30 pagi setiap hari, kadang-kadang dibelek bukunya - buku kisah nabi menjadi kesukaannya, menonton rancangan kartunnya. Atau, membuka set mainannya.

Tidak mahu cakap tentang orang lain. Mahu mengubah dan membaiki keluarga sendiri dahulu. Melihat bagaimana anak sendiri berkembang itulah yang aku mahukan.

Setakat mana anak-anak aku ini akan 'survive' tanpa telefon dan gajet dalam dunia sebegini, dan apakah pencapaian dan perkembangan mental, fizikal dan inteleknya berlaku tanpa gajet.

Aku bercakap tentang sekarang, dan belum tentu lagi waktu hadapan mungkin masa remaja nanti. Ia sebuah 'struggle' yang sangat real.

Menggunakan manual/modul objek yang mahu dibinanya, inilah yang ditunjukkan setiap kali siap.

" Ayah, ambil gambar ayah. Hari ini abang buat dinosaur "

#creditocikgushahidancikgukampung

26032020 takdir

Masuklah ke rumah orang lain dalam keadaan buta, dan keluarlah daripadanya dalam keadaan bisu.

Bukan urusanmu untuk melihat serba serbi rumah mereka, bukan juga urusanmu atas apa yang engkau dengari ketika bersama mereka.


Takdir Allah adalah sentiasa yang terbaik. Belajarlah dari hikmah.

Pandang setiap takdir yang Allah berikan kepada kita dengan sangkaan yang baik. Pasti yang Cintakan Kita akan berikan yang terbaik untuk kita.

Dari Allah kita datang, kepada Allah, kita kembali.

26032020 Susunan solat Jemaah di rumah


Kalau mak jadi imam untuk anak-anak perempuannya, dimanakah kedudukan mak dalam jemaah itu?

Sumber : دار الإفتاء المصرية



27032020 cerita kedai makan dan berkat zikir

Musim covid-19 yang agak membimbangkan ini, saya teringat sesuatu.

Saya teringat ada satu doa yang sangat pendek tapi sangat besar manfaatnya dalam hidup.

Dulu selalu dengar cerita dari orang, tapi bila diri sendiri yang alami, masya Allah, baru benar benar rasa yakin dan amazingnya kuasa Allah, dan kita hambaNya ini lah yang sangat sangat kerdil, yang sentiasa perlu dengan pertolongan Allah.

Kebiasaan saya sebelum nak pergi mana-mana, zikir ini lah yang akan saya ulang ulang baca dalam selang masa atau bila tak ada teman nak berbual.

Kisah ini berlaku semasa zaman saya belajar degree dulu.

Ada dua peristiwa.

Dalam perjalanan saya berhenti makan dengan seorang kawan di sebuah kedai makan. Orang kata kedai makan kat situ sedap dan ramai orang.

Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Tapi pinggan saya je lah, pinggan kawan kat sebelah tak pun.

Tak ada lah nak rasa apa pun, mungkin sebab terlalu panas? Jadi saya minta dimintakan baru saja. Kawan saya kata,

"Dah lah Farah, kita pergi tempat lain je.."

Saya dengan degilnya, kata tak apa lah. Sebab kawan saya kata kalau ada pinggan pecah bahaya. Tapi saya nak juga makan kat situ sebab dah lapar sangat. Lantaklah, minta nasi baru,

Masa tu kawan saya beralah dan tawakal je,

"Okay lah farah, terpulang.."

Saya kata kat kawan, makan lah dulu. Dia kata tak apa, tunggu saya dulu, makan sekali je lah.

Ajaibnya, nak tahu apa yang jadi lepas tu?
Pinggan yang baru juga retak untuk kali ke dua!

Saya dan kawan berpandangan sesama sendiri. Tak ambil masa panjang, kami tak jadi makan kat situ dan keluar dari kedai makan tersebut.

Itu lah peristiwa kali pertama buat saya berfikir panjang.

Jadi saya cerita dengan seorang ustaz yang saya agak rapat dengannya masa zaman saya belajar dulu. Ustaz tu kata dia pun pernah rasa tak sedap hati ketika berkunjung ke kedai makan tersebut bersama keluarga. Ustaz tu kata kedai makan tu kurang elok. Tapi ustaz tak ceritakan secara details, yang pastinya beberapa minit ustaz sampai kat situ, dia pun cancel order.

Soal pinggan retak, saya tanya ustaz, mungkin Allah nak lindungi kita berkat zikir yang dibaca. Maksud ustaz, hebatnya kesan zikir yang pendek tapi mampu untuk melindungi pengamalnya. Nampak mudah, tapi masya Allah pengalaman ini yang memberi kesan di dalam hati saya.

Ada satu lagi peristiwa yang berlaku,
Ketika itu selepas asar, kebiasaan saya selepas asar akan teruskan dengan bacaan zikir ini, sampai ke maghrib. Lepas asar, ada urusan penting yang perlu diselesaikan. Emergency case, jadi saya, bersama ibu keluar, tapi sebelum keluar tu sempat lah matikan semua elektrik, tapi rushing sangat sebab kena settle sebelum pukul 5 petang. Jam menujukkan pukul 4.35 petang! Selesai urusan menghampiri 7 petang.

Pukul 7 petang, ibu saya ajak, apa kata pergi shopping kejap, lagipun tak ada orang kat rumah, nanti dalam pukul 9 baru balik sebab abang saya akan balik pukul 9 malam. Jadi dalam perjalanan ke mall saya baca zikir, tapi pelik, apa yang berlaku, saya baca tersekat sekat. Dan rasa tak sedap hati. Jadi saya ajak ibu saya balik.

Nak tahu apa yang jadi?

Allahuakbar, kat rumah, rupanya api sedang menyala. Ada cerek kat atas api, yang dah kering airnya. Saya bayangkan, kami keluar pada pukul 4.35 petang, dan sampai pada pukul 8 menghampiri pukul 9. Maknanya lebih kurang 4 jam. (Walaupun rasanya sebelum keluar, kami dah pastikan semuanya off). Kalau kami teruskan perjalanan tadi, mungkin pukul 11 malam akan sampai rumah, dan saya tak tahu apa yang akan jadi ketika itu.

Bukan 'nasib baik' tapi benar Allah jua yang berkuasa melindungi hambaNya.

Benarlah, Allah berkuasa dan semuanya berjalan mengikut kehendak Allah. Allah benar berkuasa melindungi hamba Nya.

Di sini saya kongsikan, supaya kita tak lupa..
Doa ringkas simple tapi penuh makna,

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Bismillahilladzi la yadhurru ma’asmihi syaiun fillardhi wala fissamai wahuwassami’ul ‘alim”

“Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya /memudaratkan. Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Ustaz saya pesan, at least baca lah 3 atau 7 kali setiap pagi dan petang, sebelum kerja, dalam perjalanan balik, nak pergi keluar beli barang ke atau bila bila masa sahaja.

After all, at that point, sometimes in our life, there are things we need to remember. that Allah has a plan, we just can try our best and work hard and dont forget to make our du'as

This is extremely an important du'a that we should learn by heart.

May Allah protects us all! 😊

#Stayathome
#Socialdistancing
#Handhygiene
#Keepduaalways

Nur Farah Ahmadi,
26032020

27032020 Doa Nabi Ya'cob

BACA DOA PENJAGAAN NABI YA'QUB KETIKA WABAK COVID 19?
Nabi Ya'qub AS kehilangan Yusuf. Pun begitu baginda tetap yakin Yusuf masih hidup, lalu serahkan penjagaan Yusuf kepada Allah kerana Allah adalah sebaik-baik PENJAGA. Kisah ayat ini berlaku selepas puluhan tahun Yusuf hilang.

Ketika kemarau melanda, adik beradik Yusuf datang ke Mesir meminta bekalan makanan. Yusuf kenal mereka tetapi mereka tak kenal Yusuf. Yusuf melayan mereka dengan baik bahkan melebihkan bekalan makanan untuk ayahanda mereka (Nabi Ya'qub) dan seorang lagi adik mereka yang tinggal di Kan'an (Bunyamin) kerana menjaga  si ayah yang sudha tua.

Yusuf bijak meletakkan syarat agar mereka kembali lagi ke Mesir. Syaratnya dalam ziarah akan datang Bunyamin perlu dibawa sebagai bukti mereka bersepuluh tidak berdusta dalam kisah kesusahan mereka di Kan'an. Setelah pulang mereka bersepuluh memujuk nabi Ya'qub agar membenarkan Bunyamin menyertai mereka untuk ziarah akan datang.

Ya'qub risau lalu terkenang Yusuf yang sudah lama hilang. Dalam resah itu baginda memohon agar Allah menjaga Yusuf AS.

Kita boleh baca ayat ini (Yusuf 12:64) Bermula dari bahagian yang bertanda -فالله - semasa COVID 19 melanda dan kita SERAHKAN PENJAGAAN KITA  KEPADA ALLAH KERANA DIALAH SEBAIK2 PENJAGA....SELEPAS KITA MENJAGA JARAK SELAMAT DAN MENJAGA KEBERSIHAN DIRI...Inilah yang dikata tawakkal...usaha berganding doa. Doanya pula doa dari al-Quran. Pastinya doa al-Quran adalah yang paling mujarab dan terbaik.

Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim
27 Mac 2020.

27032020 percuma 138 e-book islamic

Assalamualaikum



*Boring kat rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan?*

*Isi masa anda  sambil tambah ilmu. Ada 138 buku agama online percuma untuk di baca !!*

*Download PERCUMA buku2 islamic format pdf* (hibah dari Rumah Fiqih). Silakan memuat turunnya , semoga bermanfaat

https://t.co/NUEnSGMq7a

Note :
1. Buku pdf ini diformat untuk selesa dibaca melalui HP, meski tetap boleh dengan laptop, desktop atau tablet.

2. Buku ini waqaf dari pengarangnya. Doakan agar mereka selalu mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat. Aamiin.

3. Sila kongsikan link ini biar kita pun ikut kebagian pahala menyebarkan ilmu agama.

Terima kasih. Semoga bermanfaat.

29032020 Maksiat dan wabak penyakit

Maksiat ada kaitan dengan penularan wabak dan penyakit!

🔥 Sabda Nabi SAW: “Tidaklah muncul perbuatan keji (zina) pada suatu kaum yang melakukannya secara terang-terangan kecuali Allah akan menimpakan kepada mereka (wabak) Ta’un dan pelbagai penyakit yang belum pernah menimpa kepada orang-orang sebelum mereka” [riwayat Ibn Majah].

🔥 Sabda Nabi SAW: “Tidaklah berleluasa zina pada suatu kaum itu melainkan akan berlakunya banyak kematian” [riwayat Malik].

🔥 Sabda Nabi SAW: “Jika sudah muncul (berleluasa) anak luar nikah, (amalan) riba pada suatu perkampungan (tempat), melainkan mereka telah menghalalkan ke atas diri mereka sendiri azab Allah” [riwayat al-Hakim].

Sekiranya kita umat Islam dari pihak pemerintah sehingga kepada setiap individu bergelar muslim tidak menjalankan peranan untuk mencegah maksiat atau kemunkaran yang berleluasa dalam apa jua bentuk, tidak mustahil kita juga akan terkena serpihan azab.

🔥 Sabda Nabi SAW: “Jika telah terzahir maksiat pada umatku, maka Allah akan meratakan siksa-Nya kepada mereka”.
Lalu baginda ditanya: “Walaupun ketika itu di antara mereka terdapat orang-orang yang soleh?”.
Nabi SAW menjawab: “Ya, azab akan menimpa mereka (orang-orang soleh) seperti yang ditimpakan kepada mereka (kaum yang melakukan maksiat), kemudian Allah memberi keampunan dan keredhaan kepada mereka” [riwayat Ahmad].

Beristighfar dan bertaubatlah semua!

Tinggalkanlah apa yang tidak diredhai Allah semampu upaya.

Kurangkanlah hiburan yang melampau di kaca televisyen dan media.

Dekatilah ilmu, dekatilah agama.

Perbaikilah hubungan dengan Allah dan jua manusia.

Tuhan yang menghantar wabak ini Maha Berkuasa menariknya semula.

Semoga kita semua mendapat keampunan-Nya.

-Dr. Kamilin Jamilin-

29032020 pencarian hamba

Allah sedang mencari hamba - hambaNya.
DIA sedang mencari nama- nama kita.
Adakah nama kita sedang disebut sebagai hambanya yang soleh?
Allah akan bertemu kita di mana?
Allah akan mencari kita di mana?
Adakah bertemu dengan kita di masjid?
Adakah menemui kita, ketika kita sedang solat malam?
Ketika, kita sabar dan ikhlas menuntut ilmu keranaNya?
Allah sedang mencari kita,
Jika kita bersedeqah, Dia mencari kita jika ada dalam kalangan orang bersedekah?
.
Dia mencari kita dalam kalangan orang yang suka berpuasa.
.
Dia mencari kita dalam kalangan orang yang taat dan melayani orang tua.
.
Dia mencari kita dalam kalangan orang sentiasa mengingatiNya.
.
Dalam kalangan orang berkorban. Jika kita pernah melakukan korban untukNya?
.
Dalam kalangan orang yang bersabar. Ketika kita sabar dengan ujian keranaNya?
.
Mengapa dia mencari sedangkan nama kita masih tiada dalam senarai. Mungkin kita tidak mahu bertemu dengannya. Mungkin.
.
"Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya." (QS. Al-Kahfi: 110)
.
Siapa Suka Berjumpa Dengan Allah,
Allah Suka Berjumpa Dengannya.
.
Ada satu kisah. Allah menyebut nama Ubay bin Kaab.
.
UBAY BIN KAAB MENANGIS: SEBAB TURUNNYA SURAH AL BAYYINAH

Dr Amir Faishol Fath

Ketika surah Al Bayyinah turun, Allah perintahkan malaikat Jibril agar perintahkan Nabi saw. Membacakan surah Al Bayyinah kepada Ubay bin Kaab ra.

Nabi saw. Segera menemui Ubay bin Kaab. Lalu memberitahukan kepada Ubay mengenai perintah tersebut. Ubay bertanya: apakah namaku disebutkan Allah? Nabi menjawab: ya. Seketika Ubay menangis amat gembiranya.

Subhanallah. Inilah puncak kegembiraan. Di mana sang hamba namanya disebut Allah. Tidak ada kegembiraan yang hakiki selain kegrmbiraan karena dibanggakan Allah swt.

Ubay adalah seorang ahli baca Al Quran. Seorang yg direkomendasikan menjadi rujukan baca Al Quran bagi para sahabat. Subhanallah. Semoga kita tergolong ahlul quran.

29032020 5 ujian

Al-Quran cakap, kita akan sentiasa diuji dengan 5 perkara  [Al-Baqarah : ayat 155] :

✅ Ketakutan.

✅ Kelaparan.

✅ Tak cukup duit.

✅ Miskin jiwa.

✅ Bisnes tak menjadi (dalam Quran sebut tanaman tak menjadi).

Tapi kalau kita SABAR, kita akan dapat berita gembira; cepat atau lambat.

Petua nak bagi sabar dengan 5 ujian di atas ada 2 [Al-Baqarah : 156] :

❤️ Selalu ingat, kita ni milik Allah. Kita ni datang dari Allah.

❤️ Selalu ingat, kita ni akan dipanggil balik semula kepada Allah.

Kalau kita perasan, Covid-19 ni menghimpunkan 5 ujian tersebut.

✅ Takut sebab virus ni sangat ganas dan merbahaya. Ia mengancam seluruh penduduk di dunia dan meragut beribu-ribu nyawa.

✅ Ada orang yang terpaksa berlapar, tidak cukup makan sebab perintah berkurung dan hilang sumber pendapatan.

✅ Bila dah hilang pekerjaan, timbul pula isu tak cukup duit untuk meneruskan kehidupan.

✅ Ada yang miskin jiwanya; menyalahkan orang lain sana-sini, degil tak ikut arahan, buat kepala sendiri, putus asa dan malas dah nak fikir apa yang perlu dibuat untuk overcome segala kesulitan.

✅ Ada orang yang rugi teruk dan merudum segala bisnes yang dibuat selama ini. Berapa lama keadaan ni akan berlarutan pun kita tak tahu.

Jawapan terhadap masalah tersebut ialah banyakkan bertenang dan bersabar. Cool orang muda cakap. Ikut segala arahan dan perancangan pihak kerajaan.

Pasti ada jalan keluar. Pasti ada berita gembira. Allah dah jamin. Yang penting kita usahakan sebaik yang mungkin.

Ini peperangan kita. We have greater chance to survive if we stay together. Dan kita tak akan mengalah.

Jangan takut, jangan bimbang. Lambat laun - walau tanpa Covid-19 - kita akan mati juga. Sebab kita semua milik Allah.

#KAB
#StayAtHome

30032020 Persoalan niat puasa.

1. Waktu Perintah Kawalan Ini, mungkin ada yang selepas solat subuh, tertidur kemudian bangun semula pukul 11 Pagi atau tengah hari. Apabila bangun sewaktu itu, pergi ke dapur tapi makanan tidak ada, boleh atau tidak untuk terus niat untuk puasa pada hari tersebut?

2. Ulamak mazhab syafie mengatakan boleh untuk berpuasa dalam keadaan matahari tidak tergelincir ataupun condong lagi. Disebutkan dalam Muqadimah Hadramiyah, Matan Minhaj al-Tholibin dan lain-lain. Imam Nawawi berkata:

ويصح النفل بنية قبل الزوال

"Sah puasa sunat jika diniatkan sebelum tergelincir matahari"

[Matan Minhaj al-Tholibin, Imam Nawawi, Kitab al-Siyam]

3. Maknanya masih boleh kita niat jika bangun lewat dan ia sebelum masuk waktu zohor. Akan tetapi dengan syarat kita tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa sejak waktu subuh tadi seperti makan minum dan lain-lain sehingga waktu kita hendak niat puasa itu.

4. Walaubagaimanapun, terdapat ulamak yang mengatakan puasa sunat wajib niat malam antaranya adalah Imam Muzani dan Abu Yahya al-Balkhi. Hal ini dinukilkan oleh Imam Mahalli.

Kesimpulannya:

- Pandangan ulamak syafieyah mengatakan boleh untuk niat puasa sunat pada siang hari selagi matahari tidak condong atau tergelincir yakni sebelum masuk waktu zohor.

- Syarat yang seterusnya selagi tidak melakukan perkara membatalkan puasa sejak subuh tadi.

P/s: Ini antara perkara yang dibahaskan dalam  Live sebentar tadi. Semoga bermanfaat.

Tuesday, 24 March 2020

Inisiatif pembelajaran maya 2020

Inisiatif terbaharu KPM iaitu buku teks versi android dan ios,  langgan secara percuma di playstore dan app store. Dilengkapi dengan video, kuiz dan fungsi interaktif lagi.

Boleh cuba download sekarang di pautan di bawah secara percuma. Anda perlu mendaftar secara mudah untuk muat turun buku terpilih..

KPM eTextbook Reader di Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kotabuku.kpm

🗂 LATIHAN BAHASA INGGERIS SEMASA CUTI PKP
📌Jom jawab soalan objektif & subjektif secara online.

Klik di sini 👇

LEVEL 1:

 ENGLISH YEAR 1: AT SCHOOL

https://forms.gle/raTFC4wEP3kQAqdu5

LEVEL 2:

 SET 1: GRAMMAR & VOCABULARY

https://forms.gle/xx8i8NE9y4UApV859

 SET 2: SPELLING

https://forms.gle/cEqegPy6D2k2zWrE6

 SET 3: SIMPLE SENTENCE (SVO)

https://forms.gle/rTRBjm5ZmjK9g3J99

 SET 4: WRITING

https://forms.gle/dHXivGMNnQvfrqKq8

Boleh jawab berulang kali 😊

Lepas jawab Klik SUBMIT 😁

MANFAATKAN CUTI SEWAKTU KAWALAN PERGERAKAN BERLANGSUNG 😍

Sunday, 22 March 2020

Info coRona virus cov19

What is this???















Selamat Hari Ayah

*HARI AYAH SEDUNIA*


*Cikgu* : Siapa yg selalu sakit dalam keluarga kamu?
*Pelajar* : Ayah saya.
*Cikgu* : Tapi kenapa?
*Pelajar* : Sebab mak selalu urut ayah sebelum tidur
                😀😀

*Cikgu* : Siapa paling manja dalam keluarga kamu ?
*Pelajar* : Ayah saya !
*Cikgu* : Tapi kenapa ?
*Pelajar* : Sebab ayah masih tidur dengan mak .
             😀😀😀😀

*Cikgu* : Siapa paling nakal dalam keluarga kamu ?
*Pelajar* : Ayah saya !
*Cikgu* : Tapi kenapa ?
*Pelajar* : Sebab ayah selalu kacau mak tidur..
        😀😀😀😀😀

*Cikgu* : Siapa yg paling penakut dalam keluarga kamu?
*Pelajar* : Ayah saya.
*Cikgu* : Tapi kenapa?
*Pelajar* : _*Sebab ayah x berani kawin lain*_
        😀😀😀😀😀😀

Khas buat sahabat yg bergelar ayah ...🤣🤣🤣🤣🤣

*Selamat Hari Ayah Sedunia...*

Wednesday, 18 March 2020

Hemah Bicara Hemat Belanja

Kursus literasi kewangan secara dalam talian AKPK Hemah Bicara Hemat Belanja (HBHB) adalah kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi KAunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Semua warga KPM perlu melaksanakan kursus ini sehingga selesai. Setelah tamat kursus, individu akan memperolehi 6 jam latihan 1 hari berkursus dan diberikan 6 mata kredit untuk PPP melalui Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM)

Panduan pengguna menyempurnakan kusus AKPK Hemah Bicara HEmat Belanja BACA SINI


Ringkasan proses pelaksanaan kursus
  1. https;//bit.ly/2veRTsJ  atau Klik disini atau 
  2. https://splkpm.moe.gov.my ATAU KLIK DISINI <lihat SENARAI kursus
  3. Akses semula ke dalam (2) rekod kursus melalui modul individu aktiviti e-pembelajaran