1. Waktu Perintah Kawalan Ini, mungkin ada yang selepas solat subuh, tertidur kemudian bangun semula pukul 11 Pagi atau tengah hari. Apabila bangun sewaktu itu, pergi ke dapur tapi makanan tidak ada, boleh atau tidak untuk terus niat untuk puasa pada hari tersebut?
2. Ulamak mazhab syafie mengatakan boleh untuk berpuasa dalam keadaan matahari tidak tergelincir ataupun condong lagi. Disebutkan dalam Muqadimah Hadramiyah, Matan Minhaj al-Tholibin dan lain-lain. Imam Nawawi berkata:
ويصح النفل بنية قبل الزوال
"Sah puasa sunat jika diniatkan sebelum tergelincir matahari"
[Matan Minhaj al-Tholibin, Imam Nawawi, Kitab al-Siyam]
3. Maknanya masih boleh kita niat jika bangun lewat dan ia sebelum masuk waktu zohor. Akan tetapi dengan syarat kita tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa sejak waktu subuh tadi seperti makan minum dan lain-lain sehingga waktu kita hendak niat puasa itu.
4. Walaubagaimanapun, terdapat ulamak yang mengatakan puasa sunat wajib niat malam antaranya adalah Imam Muzani dan Abu Yahya al-Balkhi. Hal ini dinukilkan oleh Imam Mahalli.
Kesimpulannya:
- Pandangan ulamak syafieyah mengatakan boleh untuk niat puasa sunat pada siang hari selagi matahari tidak condong atau tergelincir yakni sebelum masuk waktu zohor.
- Syarat yang seterusnya selagi tidak melakukan perkara membatalkan puasa sejak subuh tadi.
P/s: Ini antara perkara yang dibahaskan dalam Live sebentar tadi. Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment