Sunday, 29 March 2020

25032020 aktiviti tanpa gajet

" Asalkan bukan Tab/Smartphone "

Itulah yang aku pegang. Falsafah ketika memastikan anak - anak tidak 'tenggelam' dalam ketagihan smartphone.

Memikirkan bagaimana manusia dewasa sudah jarang membaca buku, berbual di restoran dengan berkualiti, aktiviti tanpa telefon. Sedangkan manusia dewasa sukar menepis ketagihannya, inikan kanak-kanak.

Asalkan bukan hanphone/tab , bermakna setiap kali anak-anak mahu melakukan aktiviti, mereka dilatih untuk tidak diberikan handphone dan tab.

1. Ini bermakna ummi dan ayah perlu juga sentiasa berada dalam 'hidup' mereka.

2. Bacakan buku kepada mereka.

3. Bermain bersama-sama mereka.

4. Mengajak bersama angkat kain yang sudah kering.

5. Mengajak bersama melipat kain.

6. Permainan selain bukan 'handphone' mesti sentiasa ada di hadapan mata.

7. Melukis- menyediakan alatan lukis.

8. Aktiviti Taekwondo setiap Sabtu atau Ahad.

9. Bantu buat kek bersama.

10. Televisyen (rancangan terpilih - pen drive) berbanding diberikan tab/handphone.

11. Ke taman permainan, ke taman rekreasi - bawa basikal dan permainannnya. Bermain sampai peluh.

12. Aktiviti bersama-sama - belajar mengaji/belajar membaca/ ke pasar raya/ke kedai bakeri/ke rumah opah/berkelah dan lain -lain.

Anakanda Abid Affan yang berusia 7 tahun sekarang tahu dan maklum ayah dan umminya marah jika bermain 'games'. Hanya menumpang tengok sepupunya membuka handphone. Dia bangun awal sekitar 5.30 pagi setiap hari, kadang-kadang dibelek bukunya - buku kisah nabi menjadi kesukaannya, menonton rancangan kartunnya. Atau, membuka set mainannya.

Tidak mahu cakap tentang orang lain. Mahu mengubah dan membaiki keluarga sendiri dahulu. Melihat bagaimana anak sendiri berkembang itulah yang aku mahukan.

Setakat mana anak-anak aku ini akan 'survive' tanpa telefon dan gajet dalam dunia sebegini, dan apakah pencapaian dan perkembangan mental, fizikal dan inteleknya berlaku tanpa gajet.

Aku bercakap tentang sekarang, dan belum tentu lagi waktu hadapan mungkin masa remaja nanti. Ia sebuah 'struggle' yang sangat real.

Menggunakan manual/modul objek yang mahu dibinanya, inilah yang ditunjukkan setiap kali siap.

" Ayah, ambil gambar ayah. Hari ini abang buat dinosaur "

#creditocikgushahidancikgukampung

No comments:

Post a Comment