Sunday, 29 March 2020

22032020 itali dan tawakal

Keadaan di hospital Itali, ini bakal dihadapi jika kita masih tidak mengendahkan perintah kawalan pergerakan dan larangan berkumpul. Islam mengajar kita tawakkal iaitu berserah setelah ikhtiyar pelbagai usaha mengelak dan menjauhi mudarat.

Nabi salla allahu alaihi wasallam pernah mengingatkan sahabat yang ingin membiarkan untanya tanpa ikatan di masjid kerana kononnya ingin bertawakkal, tapi nabi membalas

اعقلها وتوكل

Ertinya : ‘Ikatlah dia dan kemudian bertawakkal’( Riwayat al-Tirmidzi)

Malah dalam peristiwa Hijrah Rasulullah juga baginda merancang panjang untuk mengatasi risiko mudarat yang boleh menimpa.

Baginda dan para sahabat juga memakai baju besi. Dituntut berlatih dan cemerlang dalam ilmu memanah, melontar lembing dan pedang. Itu semua mengambil ilmu sebab musabbab dan kemudian barulah layak dipanggil tawakkal yang sebenar.

Dr Zaharuddin Abd Rahman

No comments:

Post a Comment