Kain buruk , kain lap semua sudah dibasuh.
.
Sejadah semua sudah juga.
.
Semua selimut cadar juga sudah dibasuh. Semua. Done.
.
Apatah lagi kain baju yang dipakai setiap hari.
.
Hari ini masukkan semua pepatung main lembut kepunyaan anak-anak ke dalam mesin.
.
Mereka jerit terutama adik (yang bongsu).
.
" Mengapa ayah kepit semua telinga, hidung kawan Aisya tu?"
.
" Sakitlah kawan Aisya, ayah ".
.
" Hih, ayah niii. Itu pun tak tau ke?"
.
" Tak nak kuman lekat kat kawan - kawan Aisya ni " Memujuk.
.
Diam. Petang, masing-masing menolong mengutip yang semuanya sudah kering.
.
Sekejap tu, semua kawan Aisya sudah dibaringkan dengan selimut dan diberikan minum.
.
" Dia sakit, ayah , sudah demam. Ada kuman lagi." Sambil selimut kawan kawannya dengan kain tuala kecil.
.
" Ni Aisya, dah bagi ubat dan air lemon panas ". Mengacukan cawan plastik mainannya.
.
Aisya dan Abid Affan menjadi adik - beradik bahkan sahabat sejati. Teman bermain dan teman pergaduhan juga. Ada masa rapat seperti belangkas, tetapi ada ketika perang berlaku.
.
Terutama abang, yang tidak mahu bermain lagi dengan adiknya.
.
" Abang tak mahu adik Aisya, kalau boleh tak mahu ada adik macam Aisya ". Menangis.
.
" Hati-hati apa yang abang doakan dan cakapkan. Nanti , Allah makbulkan doa abang, nak?"
.
Muram dan memuncung.
.
Aisya merajuk bermain di luar. Kemudian, senyap dan sunyi sehingga ummi memanggil. Tidak dijawab. Panggil tidak dijawab. 5 minit mencari.
.
Abang sudah risau, panggil nama adiknya. Nampak pucat di riak mukanya.
.
Rupanya, Aisya membatukan diri di balik bantal. Padanlah tidak kelihatan.
.
Abang mungkin 'termakan' dengan ingatan aku. Hati-hati terhadap apa yang kita katakan dan doakan. Pesan aku. Pucat dan rasa panik.
.
Dan, untuk aku. Pelajaran untuk aku. Teringat sudah kematian demi kematian yang menjadi statistik. Bagaimana rasa kehilangan anak-anak. Kehilangan nyawa. Kehilangan rezeki. Takut? boleh. Mengharap? boleh, tetapi Allah memberitahu, beristighfarlah dan mohon keampunan. Allah uji dengan sedikit kesusahan dan kita meratap, tiba-tiba kita kataTuhan tidak pernah berikan apa-apa kesenangan kepada kita. Melampau betul.
.
Ketika pengikut Nabi Musa diselamatkan dari Firaun, pengikut nabi Musa pula mengherdik Musa, mengapa tidak ada tuhan yang boleh disembah seperti mereka lalu dalam satu kumpulan. Ada berhala yang perlu disembah.
.
Ketika, Musa mendaki gunung bertemu dengan Allah, pengikut Musa sudah kembali menyembah anak lembu betina yang sedang melenguh. Sudah, lagi melampau manusia walau pun sudah ditunjukkan kekuasaan Allah (rujuk Surah Al-Baqarah, Al-A'raf).
.
Lihat, Allah uji kuman yang sekecil tidak mampu dikesan dengan mata manusia, telah meragut ribuan manusia. Masih belum menemui penawarnya? Tidakkah ini kekuasaan Allah?
.
Tauhid dan keesaan, itulah yang perlu dididik kepada anak-anak sekarang. Tentang susah dan ujian kepada kita, orang dewasa, bersedialah dengan pinjaman nyawa yang sementara ini.
.
Lalu, aku mengenangkan semua ini sambil berfikir mahu membasuh semua jenis fabrik yang ada dalam kereta aku pula. Alas punggung, lapik dan baju sejuk/hujan mereka.
.
Tak boleh diam. Zikir dan doa. Tangan terus bekerja. Ampunilah kami ya Allah. Selamatkanlah mereka yang berkorban nyawa untuk kami.
#credit2cikgushahidan
#cikgukampung
No comments:
Post a Comment