Thursday, 2 April 2020

01042020 Cepat atau lambat...berdoalah

2013 saya cari rumah. Kriteria dekat dengan masjid. Kebetulan ada satu masjid jauh dari rumah. Masjid ini saya dan keluarga lazimi setiap 5 waktu.
.
Kalau ikutkan dari rumah ke masjid sekitar 15 minit juga. Dok fikir dalam diri alangkah bagusnya kalau dapat rumah dekat dengan masjid. Tak lagi berkalut-kalut.
.
2-3 kali juga saya tanya pada imam masjid kalau kalau ada rumah kosong dekat dengan masjid. Tok Imam kata nanti dia tanya-tanyakan. Bila follow up jawapan ‘tu lah dah tanya tapi tak dak lagi.” Kata Tok Imam kebetulan asal dari Penanti Penang. Loghat Utara masih pekat walau lama bermukim di Bumi Kenyalang.
.
Banyak juga rumah baharu dalam pembinaan waktu tu. Tapi jangka masa siap lambat. Mahu setahun dua juga masanya.
.
Sifat saya kalau tak tahu bertanya. Kalau mencari pun mesti bertanya. Tapi kalau meminta bukan pada manusia. Minta pada Yang Esa. Ini antara pesan terakhir ayahanda sebelum dipanggil Ilahi.
.
Malam-malam di saat orang lain masih berselimut saya angkat tangan. Minta pada Allah “Ya Allah andai kata pergi balikku ke rumahMU dinilai ikhlas hadiahkan aku satu rumah indah Ya Allah.” Doa inilah yang dilantunkan setiap malam lebihlebih lagi Ramadan.
.
Satu hari lepas solat Asar Tok Imam panggil. Dia kata “Raya kedua nanti datang rumah Ana.” Saya pun angguk.
.
Raya Kedua saya pun sampai. Kebetulan masa berbual dengan jemaah lain, saya tanya ada siapa tahu kot kot ada rumah kosong. Waktu itu, Haji Kamal sebut sebelah rumah dia ada bungalow kosong. “Kalau dari jalan orang tak nampak.” kata Haji Kamal lagi.
.
Lepas makan saya terus pergi. Tengok dari luar. Isteri Haji Kamal terus call peguam yang jaga rumah bungalow ni. Peguam tu minta masa 20 minit untuk datang.
.
Tepat 20 minit sampailah peguam. Dia buka pintu pagar dan pintu rumah. Saya dan isteri berdebar masuk. Tengok besarnya rumah. Bilik pun banyak. “Mesti harga sekitar RM1 juta.” kata saya kat isteri. Dia angguk.
.
Bila bincang dengan peguam tu harga ditawar jauh lebih rendah dari harga semasa. Hati saya berbunga waktu tu. Minta dokumen untuk mohon pinjaman.
.
Raya ketiga bank dah buka. Saya ke bank dan buat permohonan pinjaman. Lepas seminggu dapat maklumbalas. Alhamdulillah loan lulus. Syukur sangat sebab dekat betul dengan masjid.
.
Terima kasih Allah atas hadiah indah ini.
.
Bila difikirkan balik begitulah kasih sayang Allah. Berikan benda yang kita tidak sangka sangka. KIta sangka lambat lagi. Rupanya tidak.
,
Ini poin saya. Sesuatu yang boleh ambil masa 3-4 tahun Allah PERCEPATKAN. DIA CEPATkan. Kita hidup dalam waktu yang Allah sentiasa speed up thing for us.
.
Kenapa? Mungkin sebab kita kembali mencari tuhan di hati. Bila kita mencariNYA DIA datang berlari kepada kita.
.
Kenapa saya kata begini? Banyak sangat cerita yang saya dengar perubahan yang berlaku sepanjang PKP ni. Ada ayah sebut nak tengok anak membesar depan mata. Allah kabulkan.
.
Maklumkan sebelum ni semua nak di asrama. Tunggu cuti sekolah baharu dapat bersama. Bila balik dah bermisai anak teruna. Suara dah garuk.
.
Ada isteri nak bersarapan bersama keluarga. Allah rezekikan tanpa perlu pencen dah dapat makan bersama setiap hari. Allah CEPATkan keinginan itu.
.
Ada yang nak baiki hubungan. Allah rezekikan. Dapat balik kampung dan baiki hubungan dengan ibubapa sendiri. Allah CEPATkan hasrat hati.
.
Tanpa kita sedari banyak kali sangat Allah CEPATkan apa yang kita mahu. Cuma waktu itu kita tidak faham. Tak nampak mungkin. Dia datang dalam bentuk ujian dan masalah. Kita resah. Kita lupa rupanya Allah sedang CEPATkan apa yang kita inginkan.
.
Allah CEPATkan keinginan yang pernah kita bisik dan mengadu padaNYA. Mungkin kita lupa perkara yang kita minta itu.
.
Jadi sekarang apa yang perlu kita buat?
Nikmati momen ini. Sekiranya ianya tidak cantik, indahkan ia. Sekiranya ianya bunyi yang bising, segar melodi bunyi itu. Tidak perlu DOraemon-kan suara itu. Hargai momen bersama keluarga ini.
.
Dr Rizal

No comments:

Post a Comment