PERCAYA ATAU TIDAK
*1-Ikan parang tidak boleh digunakan untuk menebang pokok.*
*2-Walau maju macam mana sekali pun Pekan di Pahang tetap akan disebut Pekan.*
*3-Air sebenarnya tidak boleh dicincang tetapi boleh ditarik,contohnya teh tarik.*
*4-Satu2 benda tidak hidup dan tidak bernyawa tapi boleh melahirkan adalah surat beranak.*
*5-Sumbu yg ada pada badak sumbu tidak boleh dicucuh dan menyala.*
*6-Kawasan yang mempunyai ibu tunggal yang boleh di percayai adalah di Janda Baik.*
*7-Tempat tertinggi di Malaysia bukannya di Gunung Kinabalu tetapi Kota Tinggi di Johor.*
*8-Burung tukang tidak boleh di harap untuk membuat rumah.*
*9-Selipar adalah panggilan yang betul sekiranya objek tersebut memiliki kedua-dua belah kiri dan kanan, penggunaan istilah Dualipar adalah salah dan tidak dibenarkan dalam Kamus Dewan.*
*10-Kakaktua tidak tahu yg dia sebenarnya saudara yg lebih tua dari adik2nya.*
*11-Kastam belum lagi menggunakan anjing laut untuk menghidu dan mengesan dadah.*
*12-Tempat paling kecil di Malaysia ialah Setapak.*
*13-Kuda laut tidak boleh berlumba.*
*14 - Walaupun licin tetapi penduduk di Lumut tidak jatuh ketika berjalan.*
*15 - Pasir Mas di Kelantan tidak laku jika dibawa ke kedai Pajak Gadai.*
*16 - Satu-satunya Baju yang kelirukan kita ialah - Baju Kemeja Sebab kita tidak tahu ia "Baju Ke Meja"*
*17 - Tahukah anda - jari tangan Manusia Normal hanya mempunyai 8 sahaja.*
*Lagi Dua Tu Jari Hantu...*
*18 - Sebab apa siput babi bergerak slow...* *Sebab dia sedang berfikir dia Siput ke Babi...*
*Sebab ada 10 perkara yg saya tahu tentang kamu...*
*1. Kamu pasti sedang baca status ini..*
*2. Kamu sememangnya manusia..*
*3. Kamu tidak dapat menyebut huruf ' P' kalau bibir atas dan bibir bawah tidak bersentuhan..*
*4. Kamu baru saja mencubanya..*
*6. Kamu sedang tersenyum sendirian..*
*7. Sampai kamu tidak sedar yg no.5 tidak ada di situ..*
*8. Kamu baru saja cek no.5..ya memang tidak ada di situ..*
*9. Kamu ketawa sambil tersenyum...*
*^Kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan...*
*1. Kamu memang malas untuk membaca semua kata "kawan" di atas...*
*2. Sampai kamu tidak sedar ada perkataan "kawin" diantaranya..*
*3. Kamu terus mencari perkataan "kawin" yg memang sebenarnya tidak ada pun di situ...dgn muka serius sambil berkata "tak ada pun"..*
*4. Kamu pasti sedang ketawa dan tersenyum...sebab kamu baru saja TERKENA.. HAHAHAA*
*Cuba kamu lihat wajah kamu ke cermin sekarang..*
*Wajah kamu kelihatan manis dan berseri sekali...*
*Apa lagi..*
*Hantar la pada kawan kamu agar mereka pun boleh ketawa seperti kamu...*
*MEMBUAT ORANG SENYUM ITU JUGAKAN SEBAHAGIAN DARI BERSEDEKAH...*
No comments:
Post a Comment