Berikan pada hak memerlukan
Kami ok,insyallah bleh survive
*Tinta ilmu*
*_1.0_*
*Talian Hayat*
Hebat pada pandangan manusia belum tentu demikian juga pada pandangan Allah..
Manusia boleh memuji namun tidak mampu mengurniakan rezeki,
katakan anak kita dikatakan hebat kerana seorang doktor, arkitek, profesional dan lain2,, berapa lama umur kita boleh menjangkau.. yang setelah itu di mana kita ?..di dalam kubur..
Hanya anak yg bertaqwa sahaja yg diterima doanya... jalan utk bertaqwa adalah dgn Al Quran... namun perjuangan Al quran tidak hanya sekadar baca, hafaz semata... dan bukan dgn sambil lewa...ditambah dengan keadaan sekeliling serta rakan yang bermacam latar belakang... Islam warisan dari lahir lebih berkali kali perlu mengimani Al quran lebih berbanding muallaf kerana sangat banyak yang perlu dipelajari .. sungguh kan...hendak tahu saat ini di tahap mana tanya diri kita setiap hari adakah SUDAH ada masa untuk meneliti tafsir, tadabbur, tazakkur Al Quran setiap hari dibuat ?...
Apakah kehebatan anak dapàt membantu kita di sana sewaktu di alam barzakh (kubur), mungkin saat itu dia tidak ingat pada kita ?...
Siapakah yg dapat membantu ? Bukan anak yg hebat di sisi manusia , namun anak yg bertaqwa dan hebat di sisi Allah... Jalan utk bertaqwa dgn Al Quran dgn syarat bersungguh2,,, kerana yang boleh menggerakkan hati hanya Al Quran..
*Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.*
(Al-Anfaal 8: ayat ke 2)
No comments:
Post a Comment