Friday, 3 April 2020

Lockdown 2020


Catatan alumni DQ yg tinggal di makkah👇

Akhirnya, Makkah dikeluarkan perintah berkurung 24 jam bermula hari ini di seluruh kawasan di Makkah dan Madinah! Allahulmusta’aan...

Kes Covid-19 yang tercatat pada hari ini di Makkah adalah sebanyak 363 kes. 

Jumlah kes di Makkah, Madinah dan Riyadh  meningkat agak banyak setiap hari berbanding di tempat-tempat lain di Arab Saudi.

Oleh sebab itu, ketiga tempat ini diperintahkan untuk lockdown sejak dua minggu lepas lagi. Bermakna, orang di kawasan lain tidak boleh memasuki ketiga kota ini, dan orang yang dalam ketiga-tiga kota ini tidak boleh keluar dari sini. 

Subhaanallah... 

Saya pasti ramai ahli keluarga dan sahabat-sahabat di tanah air rindu untuk mendengar khabar-khabar dari Tanah Suci.  

Mana tidaknya, semenjak berlaku sekatan Umrah dari awal bulan Mac kemarin, banyak perkara berkaitan Makkah dan Madinah yang mudah viral di media sosial. Dan tak kurang juga ramai orang yang bermesej bertanyakan khabar, betul ke berita ini, betul ke berita tu? 

Bertanya kerana inginkan kepastian, bertanya kerana rindu... Saya faham perasaan itu. 

Buat masa ini, kami penduduk-penduduk Makkah yang berjiran dengan Masjidil Haram pun belum dapat masuk lagi ke dalam kawasan masjid untuk menyatakan sebarang maklumat yang sahih, sama ada Masjidil Haram sudah dibuka, tawaf sudah dibenarkan dan sebagainya, semuanya masih samar-samar kerana semuanya taat berada di dalam rumah.

Apa yang kami semua lakukan demi keselamatan buat masa ini adalah taat perintah kerajaan, duduk di rumah, dan hanya keluar bila perlu sahaja. 

Walau hati sarat dengan rindu pada Ka’bah, walau rutin mingguan kami adalah ziarah Masjidil Haram untuk solat berjemaah, buat masa ini, bersabarlah dulu di dalam rumah, kerana itu lebih utama dan meraih pahala in sya Allah.


No comments:

Post a Comment