"Surah Yusuf mengajarku bahawa yang sakit itu akan sembuh, yang hilang itu akan kembali, yang sedih akan gembira dan kesusahan itu akan diangkat oleh Allah"
Ujian hidup. Pasang surut kehidupan. Juga, ibarat roda yang berputar. Allah menguji kita dengan meletakkan kita ketika kita dalam fasa selesa. Kita ada rumah, ada pekerjaan, kita ada anak-anak. Mungkin, kita telah melebihi daripada orang lain. Kita lebih kaya daripada orang lain. Ya, kita bukan gelandangan. Tetapi, Allah akan menguji kita pula dengan sedikit kesusahan. Sedikit? Ya, tidak seperti ujian yang nabi Yusuf dan Nabi Muhammad hadapi.
.
Orang tuduh nabi ahli sihir, gila, tetapi nabi Muhammad terus jalan, sabar dalam kesusahan. Teta, orang tuduh kita berlagak baik, tunjuk alim, "macam orang berimanlah" sangat, asyik makan gaji buta sahaja, tetapi, kita begitu emosi bagai orang tidak beriman. Iman kita? Sabar kita?
Jika kita diuji dengan kesenangan.
Jika kita diuji dengan kesusahan.
.
Persamaan seterusnya, antara Nabi Yusuf dan Nabi Muhammad , insya- Allah akan ada sambungan Tadabbur Surah Yusuf. Bahagian Tiga
.
Bahagian seterusnya akan disambung lagi. Insya- Allah.
.
Sumber :
Buku Tadabbur Surah Yusuf . Dr Azrul Azlan. Muhammad Faris Izzuddin. Terbitan Telaga Biru.
Lecture on Prophet Yusuf by Syeikh Omar Suleiman.
.
Tulisan:
SSS
.
#keepreading
#keeppraying
#keepreadingQuran
#keeptadabbur
#menulisuntukmengingat
#menulisuntukbelajar
No comments:
Post a Comment