Wednesday, 8 April 2020

05042020 Emak ingin naik Haji

Emak Ingin Naik Haji
.
Filem inilah yang memberikan sungguh inspirasi dalam hidup aku. Filem inilah yang menyebabkan aku sungguh-sungguh tidak sabar mahu menunaikan Haji (masih belum dijemput lagi).
.
Sungguh, sesiapa yang telah disapa untuk ke sana, tahu betapa sungguh berkeinginan mahu ke sana walau apa jua cara. Agar dekat dan hampir dengan Dia, dengan masjid Nabi, Masjidil Haram. Mengelilingi dan bertawaf, bersaei. Sungguh, nikmat yang hanya diri sendiri yang menyedarinya.
.
Emak Pengen Naik Haji.
.
Emak Zain yang begitu tua, miskin tidak berharta dan berwang. Memasang tinggi impiannya mahu menunaikan Haji. Misi yang mustahil. Kumpul-kumpul pun sampai ke hujung senja pun mustahil sungguh kalau mahu ke sana.
.
Namun, lihatlah bagaimana Allah mengabulkan doanya. Lihatlah bagaimana Allah menunjukkan kuasanya. Lihatlah akhir filem ini. Sungguh menitiskan air mata.
.
Namun, ada orang kaya yang mahu menunjukkan pergi Haji untuk mendapatkan pengaruh rakyat. Untuk tujuan politik. Sebab pengundinya kata muslim fanatik. Biar dilihat alim. Suka agama. Mempernunggangkan agama. Astaghfirullah. Memang ada yang begitu.

Ada orang mahu pergi umrah sekadar mahu mengikut selebrti yang pergi umrah sahaja. Namun, ibu Zain tidak pernah ada walau sehari pun, setiap waktu berangan-angan mahu pergi Haji. Dengan air mata, sentiasa mahu ke sana.
.
“ Emak kira dan kutip wang emak kalau disimpan, bilang rasanya sampai umur 80 tahun barulah emak boleh ke sana “
.
“ Oh tak apalah Zain, pergi Haji kan bagi orang yang mampu. “
.
Emak belum lagi mampu. Emak Zain memujuk hatinya. Lukisan Kaabah tetap ditatap dalam rumahnya. Sambil begitu mengharap.
.
Emak Zain mengajarkan kita bahawa ibadah haji bagi yang MAMPU itu memang wajib tetapi menolong saudara dan jiran tidak mampu juga kewajipan kita bagi umat muslim.
.
Kerana kesesakan dan kemiskinan hidup, Zain hampir keliru dan sesat, simpati melihat emaknya yang begitu pingin mahu ke sana, atau menjerumuskan diri Zain ke dalam dosa.
.
Cerita asal filem ini ditulis oleh penulis tersohor Indonesia Asma Nadia.
.
Khabarnya, keuntungan daripada hasil filem ini, puan Asma memberikan tabungan wang kepada emak-emak warga Indonesia yang tidak mampu untuk tabungan Haji mereka.
.
Subhanallah.
.
Filem yang meruntun perasaan. Sebuah hasrat suci . Tentang sebuah RINDU yang tidak berpenghujung. Tentang keinginan yang terbatas oleh wang. Namun, ini semua tentang kehendak Allah yang memberikan kepada sesiapa yang betul-betul MAHU ke sana.
.
Allah akan berikan kepada mereka yang benar-benar MAHU ke sana.

No comments:

Post a Comment