Perjalanan hidup yang penuh cabaran sejak dilahirkan hinggalah berjuang sebagai seorang da'ie. Hidup seperti filem. Banyak orang menonton hidupmu, tetapi hanya sedikit yg mengetahui apa yang terjadi di sebalik layar. "do not give up" 'the beginning is always the hardest'...sayonaara!!!
Thursday, 2 April 2020
01042020 Ilmu itu susu
Anak ayah yang penuh dengan soalan sehingga ayah baca sembunyi - sembunyi untuk ceritakan semula apa yang ditanya.
.
Kelmarin, dia bertanya dan masih banyak bertanya tentang kedatangan Dajjal.
.
+++
.
Ilmu Seperti Susu
Ilmu seperti susu. Seorang bayi dan anak kecil boleh mengamuk kerana mahukan susu.
Seorang yang lemah fizikalnya, atlet sukan dan semua manusia memerlukan manfaat susu sama seperti memerlukan manfaat ilmu, malah lebih daripada itu.
Analogi ilmu dengan susu disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis Baginda daripada Ibn Umar, maksudnya:
"Ketika aku tidur, aku bermimpi diberi segelas susu. Lalu, aku meminumnya sehingga aku melihat kepuasan seolah-olah mengalir keluar dari kuku jemariku. Kemudian aku berikan sisanya kepada sahabat muliaku, Umar bin al-Khattab."
Para sahabat bertanya: "Apa maksud mimpi itu, wahai Rasulullah?"|
Baginda menjawab: "Ilmu." (Riwayat al-Bukhari)
Ibn Hajar mensyarahkan hadis ini dengan memetik kata-kata Ibn al-Munayyir:
"Hadis ini mengungkapkan tentang ilmu yang merupakan sisa yang ditinggalkan oleh Rasulullah dan sisa ilmu tersebut diberikan kepada orang yang dikehendaki Allah. Hendaklah kamu merebutnya." (Ibn Hajar, Fath al-Bari)
Rasulullah meninggalkan khazanah ilmu yang luas. Ilmu menjadi kunci kehidupan agar tegak lurus atas jalan-Nya. Setiap hari, bertanyalah kepada diri; apakah ilmu agama yang baru dipelajari hari ini?
Komitedkah kita mendalami ilmu Islam?
.
Atau, 'agama' kita sekadar ilmu yang hinggap dulu zaman belajar di sekolah KAFA?
.
#pesanbuatdiri
#anakayahyangmenegurayah
#ilmuitususu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment