Wednesday, 8 April 2020

09042020 Jangkaan sekolah tutup sehingga september

Jangkaan Sekolah di Perancis Tutup Hingga September
.
Cikgu sekolah anak-anak call tadi. Resah gelisah beliau. Terus tanya ehwal kami sekeluarga.
.
Bonjour, vous allez bien ? La famille va bien ?
Salam, kamu sihat? keluarga sihat ?
.
Selepas tu, beliau ulang-ulang sebut.
Le principal cest la santé
Perkara utama adalah kesihatan
.
Untuk pengetahuan semua, jumlah kes di Perancis adalah 82 058 dengan kematian 10 869. Sangat tinggi. Cukup seram. Moga Allah pelihara kita semua.
.
Saya sendiri tidak faham dengan sebahagian komuniti di sini. Sama ada mereka kurang kesedaran atau mereka terlalu berani. Masih ramai yang berkeliaran di luar beramai-ramai, walhal region dan bandar kami ini antara yang tinggi kadar kes dan kematian. Keliru saya.
.
Part kurang kesedaran ni memang jelas, kerana dari pemerhatian saya, mereka kurang terdedah dengan media social seperti di Malaysia.
.
Alhamdulillah, belom ada kes dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar di sekolah anak-anak.
.
Lama juga kami berborak dan bergelak ketawa, 10 minit jugak rasanya.
.
Ada beberapa perkara yang beliau maklumkan pada semua ibu bapa dan penjaga. Mereka akan hubungi melalui email, call dan sms. Mereka akan follow up untuk aktiviti anak-anak dan kesihatan mereka.
.
Perkara yang beliau tiada jawapan adalah bila sekolah akan buka kembali.
.
Antara jangkaan beliau, sekolah tutup hingga Jun. Jika berlarutan, sekolah akan buka kembali pada September.
.
Nak balik Malaysia pon rasa dilemma. Perjalanan bukan dekat, bersama anak-anak kecil pulak. Saya dimaklumkan flight kosong tak ramai penumpang, cuma perlu urus dengan baik untuk buat keputusan.
.
Dalam masa yang sama, bulan Ramadhan sudah makin hampir. Sayu rasa dihati. Dalam keadaan begini, andai berada disisi keluarga, mungkin moral tu lebih baik barangkali.
.
Ya Allah, Kau permudahkan lah segalanya dan aturkan yang terbaik untuk kami 😭
.
Abuzar Elfaransee
Warga Malaysia Di Perancis
.
#musafirmencarihikmah
#covid_19

No comments:

Post a Comment