Worth to read...frm reliable source...Fakta bukan Data
FAQ soalan ekonomi sekarang:
1) Kita sekarang bakal menghadapi recession ke?
Tak. Bukan bakal. Kita sedang menghadapi recession. Recession ni senang cerita kejatuhan aktiviti ekonomi. Dalam keadaan sekarang yang semua orang kena duduk rumah. Banyak business kena tutup. Memang sah-sah lah aktiviti ekonomi dah jatuh. Dan bakal jatuh lebih teruk lagi pada bulan April-Jun ni kalau PKP dilanjutkan
2) Dilanjutkan? Dijangkakan PKP akan dilanjutkan lebih daripada pertengahan April ke?
Well.... Kalau dah KP pun cakap KKM jangkakan kes Covid-19 ni akan kemuncak masa tengah April.... Kat mana logiknya PKP akan berakhir tengah April 😅. We would be lucky enough kalau PKP boleh berakhir hujung April sekalipun.
3) IMF cakap dunia akan menghadapi global recession yang lebih teruk daripada krisis ekonomi tahun 2009. Betul ke?
Aah. Cubalah tengok apa rakyat di negara-negara maju lain tengah buat. Hari tu ada yang masih pergi konsert. Ada yang buat marathon. Kat Jepun masih lagi pergi tengok Bunga Sakura. Positif kes dekat US dah 165,000 kes. Itali pun dah lebih 100,000.
Kelewatan diorang memanggil untuk lockdown yang serius akan menjadi punca lambatnya kes Covid-19 di negara diorang selesai. Dan semakin lama Covid-19 ni, semakin sakitlah business mereka dan semakin ramai yang akan hilang kerja, serta semakin tinggi kos kepada kerajaan
4) Tapi tu diorang. Malaysia kan okay? PKP kita agak awal dan ramai yang patuh.
Yes and no. Betul domestic kita masih akan okay. Tapi aktiviti ekonomi kita juga banyak bergantung kepada permintaan dunia.
Contoh minyak. Kita banyak eksport minyak. Dan kerajaan sangat bergantung kepada hasil minyak. Tapi dalam keadaan kebanyakan orang tengah lockdown sekarang.... Permintaan minyak jatuh. Production dunia masih dibuat. Jadi berlaku oversupply. Ini menjatuhkan harga minyak dengan teruk.
Harga minyak dunia Brent sekarang pada USD20-23. Realitinya dengan harga minyak di tahap ni sahaja dah boleh menjadikan ekonomi Malaysia sakit. Apatah lagi gabungan harga minyak rendah + Covid-19
5) Berapa lama krisis ekonomi disebabkan Covid-19 ni akan berlaku?
Bergantung. Bergantung secepat mana Covid-19 ni boleh hilang dari dunia. Paling cepat mungkin Jun. Kalau malang mungkin sampai hujung tahun. Kita tak tahu. Banyakkan berdoa
6) Ada dengar video yang kita sekarang kena panic saving. Setuju tak?
Benda ni rasanya dah pernah pesan sejak awal PKP lagi. Kenal pasti diri kat mana. Kalau kerja kerajaan atau kerja GLC besar dengan jawatan yang memang takkan kena buang. Berbelanjalah seperti biasa.
Ekonomi perlukan orang untuk berbelanja. Kalau semua orang tak berbelanja, macam mana business nak survive. Kalau business tak survive, ramai orang akan hilang pekerjaan.
Kalau rasa diri tu kerja di syarikat yang tak begitu kukuh. Ada risiko dibuang kerja atau syarikat bankrap. Berjimatlah. Jaga diri sendiri dulu sebelum jaga ekonomi negara.
7) Terawikh macam mana? Raya? Err... Bazar Ramadhan?
Kemungkinan besar kita sekarang bakal melalui sejarah gelap dalam hidup kita.
Puasa tanpa solat Terawikh di masjid. Dan mungkin bagi sesetengah orang lagi sedih puasa tanpa Bazar Ramadhan. Raya tanpa shopping raya, solat raya dan ziarah raya. Mungkin kita akan berziarah dengan buat conference call je daripada rumah masing-masing. Makan kuih raya buat sendiri.
No comments:
Post a Comment