Friday, 10 April 2020

10042020 pergunungan himalaya ceria kembali


Tahap pencemaran turun mendadak, udara semakin bersih.. Pergunungan Himalaya dapat dilihat dari jarak 200km pertama kali dalam tempoh 30 tahun.


Bila #StayAtHome ni memang selalulah duk layan Whatsapp. Saya terbaca satu mesej ni:

[Tahukah anda bahawa tokoh perubatan Islam, Ibnu Sina (980-1037M) - di Barat beliau  dikenali dengan  nama Avicenna - mengesyaki bahawa sesetengah penyakit disebarkan oleh mikroorganisme? Untuk mengelakkan jangkitan dari manusia ke manusia, beliau telah mencipta kaedah mengasingkan orang selama 40 hari. Beliau menamakan kaedah ini al-Arba'iniyah (“the forty”).

Pedagang dari Venice mendengar tentang kaedah yang berkesan ini dan mengambil pengetahuan ini ke Itali. Mereka menamakannya “quarantena” (“the forty” dalam bahasa Itali). Inilah asalnya perkataan “kuarantin”. Asal usul kaedah yang sedang digunakan di hampir keseluruh dunia untuk melawan pelbagai pandemik adalah berasal dari dunia Islam.]

Tiba-tiba terlintas di fikiran saya:

Tempoh 40 hari ini sebenarnya bukan sahaja satu batasan masa (miqat)  yang mempunyai hikmah untuk  kesejahteraan jasmani, malah ramai para ulama yang menyatakan miqat ini adalah sangat mustajab untuk perbaikan (islah) rohani insan.

Isyarat ini terkandung dalam firman Allah Taala semasa mengisahkan tentang munajat Nabi Musa di Bukit Tursina, "Dan telah Kami janjikan kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah berlalu waktu tiga puluh malam, dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi), maka sempurnalah miqat Tuhannya empat puluh malam." (al-A'raaf: 142)

Ayat ini menyatakan bahawa 40 hari adalah satu miqat rabbani!

Hikmah rabbaniah tempoh 40 hari ke atas islah diri seseorang itu, turut tergambar di dalam satu sabda Rasulullah SAW.

Dari Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW  bersabda:

“Siapa yang melaksanakan solat karena Allah selama empat puluh hari secara berjamaah, dia tidak luput dari takbiratul ihram bersama imam, maka dia akan dicatat terbebas dari dua hal iaitu terbebas dari siksa neraka dan terbebas dari kemunafikan.” (HR. Tirmidzi; hasan)

Semoga basirah kita dapat menanggap hikmah ini dengan benar dalam perjalanan kita menuju redha Allah Taala!

"Maka bersegeralah kamu "lari'  kepada Allah!" ( az-Zaariyaat: 50 )

Gunawan Aziz

No comments:

Post a Comment