❤️❤️ 14 Sya'ban 1441
8 April 2020 ( RABU )
Assalamualaikum semua
Malam ini Nisfu Syaban. Ptg hari ni buku amalan kite akan dibawa naik. Di kesempatan ini yg mana mengenali saya ataupun tidak, sy minta maaf klu terdpt salah tutur kata maupn perbuatan. Maafkan Saya . Semoga Allah SWT merahmati kita semua hingga ke Jannah dan di limpah ruah rezeki yang halal lagi berpanjangan dan di ampuni segala dosa-dosa yang ada,, termasuk seluruh keluarga kami.
Minta halalkan makan minum dan tekasar bahasa kpd semua...
❤️ # Stay at HOME, Lots of Love and smlile always have a nice day,,,
_-----_------------_-----------
" Kenapa ayah puasa pulak?"
.
" Puasa hari putih."
.
" Semalam kan ayah dah puasa. Kenapa nak puasa lagi?"
.
" Puasa hari putih."
.
" Esok?
.
" Ya, puasa lagi. "
.
"Puasa apa pulak?"
.
" Puasa Nisfu Syaaban."
.
" Tapi kan belum Ramadan lagi."
.
"Nak latih kita untuk berpuasa sebulan. Puasa sunat."
.
" Puasa ni, melatih kita jadi orang yang bertaqwa. Jadi orang yang lebih kuat."
.
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis.
.
Apa hikmahnya Rasulullah s.a.w banyak berpuasa di bulan Sya’ban?
Seorang sahabat bernama Usamah bin Zaid r.a. pernah bertanya Nabi s.a.w. kenapa beliau banyak berpuasa di bulan Sya’ban?
.
Nabi s.a.w. menjawab;
.
“Bulan Sya’ban itu adalah bulan yang selalu dilupai oleh manusia di mana kedudukannya di tengah antara Rejab dan Ramadhan. Namun ia adalah bulan diangkat amalan-amalan hamba kepada Tuhan Pencipta Alam. Maka aku menyukai amalanku diangkat ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam an-Nasai)
.
Aku masih ingat lagi kata seorang ustaz:
.
" Puasa. Letih. Lapar.
Tahajjud. Letih. Seksa nak bangun awal. Ngantuk.
.
Tapi, benda yang memenatkan dan menyeksakan inilah yang menjadikan kita kental. Nampak lemah fizikal tapi jadi kuat jiwa kita dan teguh jati diri."
.
Allahu , tengok Nasi Lemak Pandan dan Sotong pagi - pagi ini yang dimakan anak pun satu 'ujian' juga.
.
Tak apalah. Ujian latihan diri.
Selamat berpuasa buat semua.
No comments:
Post a Comment